PIAGAM PELANGGAN

Kami kakitangan PSDM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:

•    Menyedia dan mengusahakan peningkatan secara berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan perkhidmatan profesional sejajar dengan garis panduan dan amalan terbaik yang diterima guna dalam Perkhidmatan Awam;

•    Menyediakan program pembelajaran dan mewujudkan suasana kerja yang berkualiti dalam usaha peningkatan produktiviti bagi memenuhi aspirasi stake holder dan pelanggan;

•    Memperkasakan bidang pemasaran dengan lebih sistematik yang dapat meningkatkan hasil  organisasi secara menyeluruh;

•    Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif demi memupuk percambahan dan keterbukaan minda untuk membangunkan potensi diri kakitangan dalam sistem penyampaian;

•    Menyediakan perkhidmatan profesional untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang menyeluruh; dan

•    Memberikan ruang dan peluang yang saksama kepada semua kakitangan memperoleh kehidupan yang berkualiti.