09-514 2637 psdm.pahang@gmail.com

KEJOHANAN LIGA REMAJA PSDM 2026 MERIAHKAN ARENA BOLA SEPAK PAHANG

KEJOHANAN LIGA REMAJA PSDM 2026 MERIAHKAN ARENA BOLA SEPAK PAHANG

KEJOHANAN LIGA REMAJA PSDM 2026 MERIAHKAN ARENA BOLA SEPAK PAHANG

KUANTAN, PAHANG, 12 OKTOBER 2026 – Kejohanan Liga Remaja PSDM 2026 yang berlangsung dari 9 Ogos hingga 10 Oktober 2026 telah berjaya menghimpunkan sebanyak 13 pasukan yang menyertai kejohanan dari sekitar negeri Pahang telah melabuhkan tirainya.

Penganjuran kejohanan ini merupakan antara usaha Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak di peringkat remaja, di samping menyediakan platform kepada pemain muda untuk menyerlahkan bakat, meningkatkan kemahiran serta menimba pengalaman melalui pertandingan yang kompetitif.

Sepanjang kejohanan berlangsung, kesemua pasukan telah berpeluang mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam usaha memberikan persembahan terbaik. Penyertaan daripada pelbagai kawasan di Pahang turut mencerminkan minat dan sokongan terhadap pembangunan bola sepak dalam kalangan generasi muda.

Kejohanan Liga Remaja PSDM 2026 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,300 berserta trofi sebagai penghargaan kepada pasukan yang berjaya mencapai kedudukan terbaik. Pemberian hadiah ini diharap dapat menjadi dorongan kepada para pemain untuk terus berusaha meningkatkan prestasi serta mengembangkan potensi dalam sukan bola sepak.

PSDM berharap agar penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat baharu, melahirkan pemain muda yang berpotensi serta memperkukuh pembangunan sukan bola sepak di negeri Pahang.

Kejohanan Liga Remaja PSDM 2026 juga mencerminkan komitmen PSDM dalam menjadikan Stadium Darul Makmur dan kemudahan sukan di bawah pengurusannya sebagai platform yang menyokong aktiviti sukan, pembangunan bakat serta penglibatan aktif golongan remaja dalam sukan.

PERBADANAN STADIUM DARUL MAKMUR
Memacu Pembangunan Sukan, Menyemarakkan Bakat Generasi Muda.