“Program Stadium Run Culture (SRC) terus mendapat sambutan menggalakkan apabila diadakan secara konsisten pada setiap hari Rabu, bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Inisiatif ini menjadi platform kepada komuniti setempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian santai dan kecergasan secara berkumpulan. Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur, menjadikan program ini bukan sahaja sebagai aktiviti riadah, malah medium untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang penganjuran, peserta dilihat aktif menjalani sesi larian di trek stadium dalam suasana yang selamat dan kondusif. Program ini turut memberi peluang kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti larian untuk mendapatkan sokongan dan motivasi daripada komuniti larian yang lebih berpengalaman.
Diharapkan Stadium Run Culture (SRC) akan terus menjadi acara mingguan yang dinanti-nantikan serta menyumbang ke arah pembudayaan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat.
.”
