Skip to content
Home ยป MARA LASAK 2.0

MARA LASAK 2.0

  • by

“Pasukan PSDM Titan telah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat kedua dalam kategori Badan Berkanun dan Agensi sempena penyertaan dalam acara Mara Lasak 2.0 yang berlangsung di Chini, Pekan, Pahang baru-baru ini.
Acara yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun dari seluruh negeri Pahang itu menjadi platform untuk menguji ketahanan fizikal, semangat berpasukan serta disiplin peserta. Pasukan PSDM Titan mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan dengan kerjasama yang padu dan semangat juang yang tinggi.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Perbadanan Stadium Darul Makmur, malah membuktikan komitmen warga kerja dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Diharapkan pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kejayaan dalam penyertaan akan datang.