SEJARAH

Perbadanan Stadium Darul Makmur,  telah ditubuhkan pada tahun 1973. Berfungsi sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertangunggjawab mengurus segala aktiviti pentadbiran dan penyelenggaraan Stadium Darul Makmur. Perbadanan ini ditadbir urus dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah Enakmen No. 5, 1973 (pindaan 1989) yang berkuatkuasa pada 29 Jun 1973.

Sejajar dengan fungsi organisasi ini sebagai agensi yang memajukan kepentingan sukan Negeri Pahang, Perbadanan Stadium Darul Makmur bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara bangunan stadium dan kawasan persekitarannya untuk kegunaan khususnya aktiviti sukan olahraga dan bola sepak. Selain itu aktiviti lain seperti kegiatan kebudayaan, riadah, perentang masa, pertunjukkan dan perbarisan juga perlu diberikan perhatian kerana aktiviti ini adalah merupakan antara sumber hasil yang diperolehi untuk tujuan pembiayaan.

Sumber pembiayaan utama lain adalah termasuk sumbangan Kerajaan Negeri dan hasil-hasil lain seperti sewaan kawasan pakir, kedai, kantin ruang pejabat, restoran dan sewa tapak untuk jualan luar.