Polisi, Dasar & Kod Etika
Dokumen rasmi integriti, governans dan antirasuah PSDM — baca terus di sini atau buka PDF asal.
Perkhidmatan Berkualiti · Bebas RasuahPolisi Anti Rasuah
1Perutusan Pengurus
Bismillahiramanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Perbadanan Stadium Darul Makmur berjaya menzahirkan Polisi Antirasuah sebagai panduan dalam memperkukuh ekosistem integriti dan tadbir urus di stadium ini.
Prinsip kita adalah jelas: Perkhidmatan Berkualiti, Bebas Rasuah.
Setiap warga Perbadanan Stadium Darul Makmur, daripada kepimpinan tertinggi hingga ke kakitangan sokongan, mestilah memahami bahawa integriti bukan sekadar pilihan, tetapi adalah kewajipan. Sebarang bentuk kompromi dalam aspek etika tidak akan dipandang enteng. Polisi ini menggariskan tanggungjawab kita untuk JANGAN MINTA, TOLAK, dan LAPOR sebarang bentuk penyogokan, serta memastikan proses Due Diligence dilaksanakan dengan tegas dalam setiap urusan perolehan dan perkhidmatan.
Saya menyeru kepada seluruh warga kerja dan rakan strategik Perbadanan Stadium Darul Makmur agar menghayati dan menterjemahkan polisi ini dalam setiap tindakan harian. Marilah kita bersama-sama memastikan landskap pentadbiran Perbadanan Stadium Darul Makmur kekal bersih, cekap, dan amanah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih.
2Ikrar warga Perbadanan Stadium Darul Makmur
Kami, warga Perbadanan Stadium Darul Makmur, berikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah, mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi, dan sentiasa memelihara kedaulatan undang-undang demi kedaulatan Negeri Pahang.
3Pendahuluan, pemakaian & takrifan
Pendahuluan
Polisi Antirasuah Perbadanan Stadium Darul Makmur disediakan sebagai satu usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih daripada sebarang bentuk amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ke arah menjadikan Perbadanan Stadium Darul Makmur sebagai model tadbir urus terbaik (Good Governance) yang berteraskan nilai amanah, telus, dan dinamik bagi memacu kemakmuran Negeri Pahang Darul Makmur.
Pemakaian
Polisi ini terpakai kepada semua warga kerja Perbadanan Stadium Darul Makmur. Polisi ini juga hendaklah dijadikan sebagai panduan oleh pemegang taruh, rakan niaga atau mana-mana individu/organisasi yang berurusan dengan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Takrifan
| Perkara | Takrifan |
|---|---|
| Rasuah | Rasuah dalam konteks Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) membawa maksud memberi atau menawarkan, menerima atau meminta atau setuju untuk menerima atau meminta suapan secara langsung atau tidak langsung sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. |
| Suapan | Suapan merujuk kepada tafsiran ‘suapan’ di bawah Seksyen 3, Akta 694. |
4Pernyataan Polisi Antirasuah
Perbadanan Stadium Darul Makmur mengamalkan prinsip Perkhidmatan Berkualiti, Bebas Rasuah. Kami bertekad untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, telus dan berakauntabiliti demi kemakmuran Negeri Pahang.
Perbadanan Stadium Darul Makmur dengan ini mengisytiharkan komitmen tidak berbelah bahagi seperti berikut:
Pematuhan Perundangan
Memastikan setiap tindakan selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pahang 2015, undang-undang, peraturan dan arahan berkaitan integriti, governans dan antirasuah yang berkuat kuasa.
Pemantapan Sistem dan Prosedur
Menambah baik sistem dan prosedur kerja secara berterusan melalui pendigitalan proses kerja serta pengemaskinian garis panduan secara berkala bagi menutup ruang dan peluang yang boleh membawa kepada penyelewengan dan salah guna kuasa.
Melaksanakan Pentadbiran Tanpa Kompromi
Menentang keras sebarang bentuk rasuah, pemberian gratifikasi dan konflik kepentingan dalam semua urusan rasmi. Melaksanakan pentadbiran tanpa kompromi melalui penguatkuasaan peraturan yang tegas dan penerapan prinsip toleransi sifar terhadap sebarang pelanggaran etika, sekali gus memastikan setiap tindakan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur dilaksanakan dengan adil, berani, dan tanpa pilih kasih.
Pengukuhan Integriti dan Governans
Pemantapan sahsiah warga Perbadanan Stadium Darul Makmur Pahang secara berterusan melalui pembudayaan integriti dan penambahbaikan sistem tadbir urus yang telus bagi menutup ruang manipulasi, sekaligus menjamin akauntabiliti dalam setiap rantaian penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
5Teras strategik polisi (5P)
Polisi ini berlandaskan lima (5) teras pelaksanaan seperti berikut:
| Teras | Huraian pelaksanaan |
|---|---|
| Pimpinan | Memastikan barisan kepimpinan tertinggi Perbadanan Stadium Darul Makmur menjadi teladan (lead by example) dalam pengamalan budaya integriti bagi memupuk kepercayaan warga kerja dan rakyat. |
| Pencegahan | Melaksanakan program pengukuhan integriti secara menyeluruh serta mengukuhkan sistem kawalan dalaman bagi menutup ruang dan peluang berlakunya penyelewengan. |
| Penguatkuasaan | Mengambil tindakan tatatertib yang tegas, pantas dan tanpa pilih kasih terhadap sebarang pelanggaran kod etika perkhidmatan serta peraturan yang berkuat kuasa. |
| Perlindungan | Memperkasa budaya melapor (whistleblowing) melalui saluran aduan yang selamat dengan jaminan kerahsiaan identiti di bawah peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. |
| Pemantauan | Memperkasa pemantauan integriti dan governans secara berkala melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Negeri Pahang demi memastikan keberkesanan setiap dasar yang diputuskan. |
6Perlakuan berunsur dan berpotensi rasuah
Transactive
Persetujuan untuk memberi dan menerima suapan (win-win situation).
Extortive
Ugutan dengan tujuan untuk tidak mengambil tindakan.
Defensive
Bayaran dengan tujuan mendapatkan perlindungan.
Nepotisme
Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi / keluarga / rakan.
Autogenic
Perlakuan rasuah yang telah menjadi amalan dan budaya dalam organisasi.
Supportive
Penempatan proksi / kroni di tempat strategik dalam organisasi.
Investive
Bayaran untuk menjamin balasan / habuan pada masa hadapan.
Integriti bermula dengan diri. Bina budaya bebas rasuah, demi masa depan yang bersih.
7Kesalahan-kesalahan rasuah
Berpandukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, kesalahan rasuah boleh dikategorikan kepada empat (4) kesalahan utama yang sering menjadi risiko dalam Jabatan Kerajaan.
Meminta atau menerima rasuah (Seksyen 16 & 17A)
Tindakan mana-mana pegawai yang meminta atau menerima suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan dengan tugas rasmi mereka.
Menawar atau memberi rasuah (Seksyen 17B)
Tindakan mana-mana individu atau pihak luar yang menawarkan atau memberikan suapan kepada penjawat awam untuk mendapatkan kelebihan atau memudah cara urusan dengan Kerajaan.
Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18)
Tindakan mana-mana orang yang memberikan dokumen (resit, invois, atau tuntutan perjalanan) yang mengandungi butiran palsu dengan niat untuk memperdayakan pejabat (majikan).
Salah guna kuasa / kedudukan (Seksyen 23)
Tindakan penjawat awam yang menggunakan kedudukan atau jawatannya untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan bagi mendapatkan suapan/faedah untuk dirinya sendiri, saudara-mara, atau sekutunya.
8Hukuman bagi kesalahan rasuah (Seksyen 24)
Mana-mana individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 16, 17, 18, dan 23 Akta 694 boleh dikenakan hukuman berikut:
Hukuman penjara
Tempoh pemenjaraan selama mana yang munasabah, tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun.
Hukuman denda
Denda tidak kurang daripada lima (5) kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Nota: Sekiranya nilai suapan tidak dapat dinilai atau tidak bersifat wang, denda minimum tetap RM10,000.00.
9Kewajipan melaporkan transaksi penyogokan (Seksyen 25)
Akta SPRM 2009 (Akta 694) menetapkan tanggungjawab undang-undang ke atas setiap individu untuk melaporkan sebarang cubaan atau transaksi rasuah yang berlaku.
a) Kewajipan melaporkan cubaan sogokan — Seksyen 25(1) & (2)
Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan suapan hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada SPRM atau pegawai polis yang berhampiran dengan segera.
b) Kewajipan melaporkan permintaan sogokan — Seksyen 25(3) & (4)
Mana-mana orang yang diminta atau dicuba supaya diperoleh suapan (iaitu ada pihak meminta rasuah daripadanya) wajib melaporkan butiran pihak yang meminta tersebut.
10Undang-undang dan peraturan lain: Kanun Keseksaan
Selain daripada Akta SPRM, penjawat awam juga tertakluk kepada Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan kesalahan mengenai integriti tanpa perlu membuktikan wujudnya elemen “suapan” atau “balasan” secara langsung.
Di bawah Seksyen 165, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana penjawat awam yang menerima atau bersetuju untuk menerima apa-apa barangan berharga (hadiah, aset, atau perkhidmatan) dengan tiada balasan atau dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi, daripada mana-mana orang yang:
- Mempunyai urusan rasmi dengan beliau;
- Mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau; atau
- Mempunyai kepentingan dalam urusan yang dikendalikan oleh beliau atau Kerajaan Negeri.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 165, individu boleh dikenakan:
- Hukuman penjara: tempoh sehingga dua (2) tahun; atau
- Denda: jumlah yang ditentukan oleh mahkamah; atau
- Kedua-duanya sekali.
11Kesalahan memalsukan dokumen (Seksyen 465 Kanun Keseksaan)
Di bawah Seksyen 463 dan 464, pemalsuan berlaku apabila seseorang membuat sesuatu dokumen palsu atau bahagian dokumen palsu dengan niat:
- Hendak menyebabkan kerosakan atau kerugian kepada orang awam atau mana-mana orang.
- Hendak menyokong apa-apa tuntutan atau hak.
- Hendak menyebabkan mana-mana orang melepaskan harta.
- Hendak melakukan penipuan.
Contoh perbuatan memalsukan dokumen di pejabat kerajaan
- Memalsukan tandatangan: Menandatangani bagi pihak ketua jabatan atau pegawai lain pada surat kelulusan atau dokumen pembayaran tanpa kuasa yang sah.
- Pindaan tanpa kebenaran: Mengubah angka, tarikh, atau nama pada dokumen rasmi (seperti sijil cuti sakit, invois, atau minit mesyuarat) untuk kepentingan peribadi.
- Dokumen sokongan palsu: Mencipta atau menggunakan sijil, lesen, atau surat sokongan palsu bagi melayakkan sesuatu tuntutan atau permohonan.
Sesiapa yang melakukan pemalsuan boleh dikenakan hukuman yang berat mengikut Kanun Keseksaan: hukuman penjara tempoh sehingga dua (2) tahun; atau denda mengikut budi bicara mahkamah; atau kedua-duanya sekali.
12Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pahang 2015
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pahang 2015 merupakan kod etika dan perundangan yang mengawal selia tingkah laku penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang. Ia bertujuan memastikan integriti, akauntabiliti, dan profesionalisme dikekalkan dalam perkhidmatan awam negeri.
Seorang pegawai awam mestilah pada setiap masa memberikan taat setia kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Persekutuan. Antara larangan utama termasuk:
- Membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi.
- Berkelakuan sedemikian rupa yang boleh menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam.
- Berkelakuan yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
- Kurang cekap atau kurang berusaha dalam menjalankan tugas.
Peraturan ini juga menggariskan beberapa larangan nyata, antaranya:
- Pekerjaan luar: Tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
- Hadiah: Dilarang menerima atau memberi hadiah jika ia berkaitan dengan tugas rasmi.
- Dadah: Pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil dadah (kecuali bagi maksud perubatan).
- Penyataan awam: Tidak dibenarkan membuat penyataan awam yang memudaratkan dasar kerajaan tanpa kebenaran.
- Gangguan seksual: Dilarang sama sekali dan dianggap sebagai pelanggaran tatatertib yang serius.
- Ketidakhadiran bertugas: Tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, atau tanpa sebab yang munasabah, boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib dan lucut hak emolumen (gaji) bagi tempoh tersebut.
137 jenis hukuman tatatertib
Jika didapati bersalah selepas prosiding, pegawai boleh dikenakan tindakan salah satu atau gabungan hukuman berikut:
Amaran
Hukuman permulaan bagi kesalahan tatatertib yang dibuktikan.
Denda
Hukuman bagi kesalahan tatatertib yang dibuktikan.
Lucut hak emolumen
Pelucutan hak ke atas gaji atau pendapatan pegawai.
Tangguh pergerakan gaji
Melibatkan penangguhan pergerakan gaji tahunan.
Turun gaji
Penurunan jumlah gaji sedia ada.
Turun pangkat
Penurunan gred atau kedudukan jawatan pegawai ke tahap lebih rendah.
Buang kerja
Hukuman paling berat, menamatkan perkhidmatan serta-merta.
14Peranan dan tanggungjawab warga Perbadanan Stadium Darul Makmur
Jangan minta
Dilarang meminta sebarang bentuk imbalan, komisen, atau hadiah sebagai balasan tugas rasmi. (Jujur & amanah)
Tolak
Tegas menolak tawaran suapan, hadiah, atau keraian daripada pihak berkepentingan. (Tegas & berprinsip)
Lapor
Lapor segera cubaan penyogokan kepada Penyelia Integriti PSDM atau SPRM. (Berani & bertanggungjawab)
15Peranan pihak berkepentingan, pelanggan dan rakan strategik
Pihak berkepentingan, pelanggan dan rakan strategik — termasuk pembekal, kontraktor dan pelabur — adalah bertanggungjawab untuk:
Jangan beri
Dilarang menawarkan atau memberikan sebarang bentuk hadiah, wang tunai, atau barangan berharga penjawat awam bagi tujuan mendapatkan keutamaan atau mempercepatkan sesuatu urusan.
Tolak
Pihak luar harus mempunyai keberanian untuk menolak sebarang permintaan ‘sumbangan’ atau ‘duit kopi’ yang diminta oleh mana-mana individu yang mendakwa sebagai wakil atau pegawai PSUK Pahang.
Lapor
Laporkan mana-mana penjawat awam yang menyalahgunakan kuasa atau meminta suapan melalui saluran aduan rasmi yang disediakan demi memastikan persaingan perniagaan yang adil dan bersih.
Integriti kita, masa depan kita — bersaing secara adil, bebas rasuah, bina kesejahteraan bersama.
16Perlindungan pemberi maklumat
Perbadanan Stadium Darul Makmur memberikan komitmen penuh dalam melindungi individu yang mempunyai keberanian moral untuk melaporkan amalan rasuah, penyelewengan, atau salah guna kuasa. Perlindungan ini dilaksanakan selaras dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Jaminan perlindungan utama
Setiap pengadu yang melaporkan salah laku secara jujur akan diberikan perlindungan berikut:
- Kerahsiaan maklumat peribadi: Identiti pemberi maklumat, alamat, dan butiran laporan akan dirahsiakan sepenuhnya daripada pengetahuan umum dan tidak boleh didedahkan walaupun semasa prosiding mahkamah atau tatatertib.
- Kekebalan daripada tindakan sivil/jenayah: Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang (seperti saman fitnah) atau tindakan tatatertib jabatan semata-mata kerana laporan yang dibuat.
- Perlindungan daripada tindakan memudaratkan: Perbadanan Stadium Darul Makmur menjamin bahawa pengadu tidak akan dikenakan tindakan balas dendam seperti:
- Pertukaran jabatan secara paksa atau tidak adil.
- Penurunan pangkat atau markah prestasi (LNPT).
- Pemulauan atau gangguan di tempat kerja.
Syarat pemberian perlindungan
- Maklumat yang diberikan adalah benar dan bukan berdasarkan khabar angin semata-mata.
- Laporan dibuat kepada pihak berkuasa yang sah (Penyelia Integriti Perbadanan Stadium Darul Makmur, SPRM, atau Polis).
- Laporan tidak dibuat dengan niat jahat untuk menganiaya individu lain.
17Maklumat perhubungan
Saluran pertanyaan dan aduan rasmi
Penyelia Bahagian Integriti
Perbadanan Stadium Darul Makmur
Tingkat 1, Stadium Darul Makmur, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-514 2637
Emel: psdm.pahang@gmail.com
18Penutup
Tarikh kuat kuasa
Pelaksanaan polisi ini berkuat kuasa mulai tarikh polisi ini dikeluarkan.
Penutup
Dokumen Polisi Antirasuah ini merupakan manifestasi tekad dan azam berterusan Perbadanan Stadium Darul Makmur untuk meletakkan integriti sebagai teras utama dalam setiap urusan pentadbiran. Ia adalah satu janji bahawa setiap amanah yang digalas akan dilaksanakan dengan amanah, telus dan berintegriti.
Garis Panduan Pengurusan Aduan Integriti dan Siasatan Pejabat
1Tujuan
Garis panduan ini disediakan bertujuan —
2Latar belakang
3Pemakaian
4Tafsiran
Bagi maksud Garis Panduan ini:
5Sumber aduan integriti dan siasatan
5.1 Sumber penerimaan aduan integriti
- Laporan Ketua Jabatan
- Arahan Pengurusan Tertinggi KPKT
- Penemuan Audit
- Surat Rasmi dan Surat Layang
- Emel dan Faksimili
- Pengadu Hadir Sendiri
- Telefon
- Media Massa (Media Cetak / Elektronik / Online)
- Media Sosial
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) / Biro Pengaduan Awam (BPA) / Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan mana-mana agensi penguatkuasa
- Lain-lain
5.2 Peraturan khusus
Siasatan di bawah Garis Panduan ini adalah merangkumi siasatan ke atas mana-mana pelanggaran tatakelakuan yang tidak dijelaskan dalam mana-mana peraturan khusus. Sekiranya prosedur siasatan bagi sesuatu hal keadaan diperuntukkan secara khusus maka prosedur tersebut hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya. Peraturan-peraturan khusus yang berkaitan adalah seperti berikut:
- WP10.3 Pengurusan Kehilangan dan Hapus Kira Wang Awam
- AM 2.8 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Kehilangan dan Hapus Kira
- Arahan Perbendaharaan 59
- Ganti rugi di bawah Penghakiman Mahkamah
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) (2015)
- Laporan Ketua Audit Negara
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 ‘Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja’
- Lain-lain siasatan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan semasa yang berkuatkuasa
- Melibatkan bidang kuasa Kementerian atau agensi lain
- Melibatkan bidang kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam
- Melibatkan bidang kuasa Jabatan Bantuan Guaman
- Perkara berkaitan dasar Kerajaan yang ditetapkan
- Masalah keluarga / peribadi
- Tuntutan berbentuk sivil antara individu
- Perkara-perkara yang melibatkan niat jahat (malicious) dan berunsur fitnah.
6–8Klasifikasi, objektif dan pengelasan
9Tindakan sebelum siasatan (peranan Urus Setia)
- Melaksanakan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab
- Mematuhi undang-undang
- Imej yang baik
- Mengecualikan diri daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang tidak sah atau melibatkan diri dalam perbuatan yang melanggar profesion siasatan dalam organisasi
- Tidak melibatkan diri dalam tindakan yang akan menjejaskan atau mendatangkan syak yang munasabah bahawa beliau telah menjejaskan penilaiannya secara saksama
- Tidak menyembunyikan fakta yang ditemui dan diketahui
- Tidak membuat rumusan siasatan tanpa disokong dengan bukti yang jelas dan nyata
- Menjaga kerahsiaan maklumat berkaitan siasatan
- Tidak mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan siasatan kepada mana-mana pihak
10–11Tindakan semasa siasatan & kaedah siasatan
10. Tindakan semasa siasatan (peranan Jawatankuasa Siasatan Dalaman)
11. Kaedah siasatan
12Tindakan selepas siasatan (peranan Jawatankuasa Siasatan dan Urus Setia)
12.1 Peranan PSD — penyediaan laporan
12.2 Kriteria penulisan laporan
12.3 Peranan Urus Setia
- Mengarahkan siasatan semula atau penambahbaikan siasatan oleh PSD; atau
- Melantik PSD yang baharu untuk menjalankan siasatan.
13Tindakan aduan yang mengandungi elemen kesalahan jenayah
Carta AlirCarta alir 1: pengurusan aduan integriti dan siasatan
Lampiran ATerma rujukan siasatan
- Menyiasat dan meneliti segala dokumen / maklumat yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) dan membuat penentuan dari sudut pelanggaran peraturan atau akta yang berkuatkuasa.
- Menyiasat, mengenal pasti dan memperincikan salah laku pegawai yang terlibat dalam siasatan (sekiranya ada) berdasarkan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib Pahang 2015).
- Meneliti sama ada wujud kemungkinan unsur-unsur penyalahgunaan kuasa / penyelewengan / rasuah dan pembaziran wang awam oleh pegawai-pegawai yang terlibat (sekiranya ada).
- Memanggil pegawai-pegawai yang terlibat dan saksi (jika perlu) untuk diambil keterangan secara lisan.
- Mencadangkan dan memperakukan pegawai-pegawai yang turut terlibat untuk dikenakan tindakan tatatertib / surcaj / membuat laporan polis dan / atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau tindakan sivil di Mahkamah (sekiranya ada).
- Mencadangkan penambahbaikan terhadap jabatan dalam pelaksanaan tugas pada masa akan datang.
Lampiran BFormat laporan siasatan (SULIT)
KeputusanKeputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan & Tatatertib
Bersetuju / Bersetuju dengan pindaan / Tidak bersetuju dengan syor yang telah dibuat oleh Pasukan Siasatan Dalaman seperti di para 8.1.
Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2023–2028
1Perutusan Pengurus
Pelan Organisasi Antirasuah (OACP) adalah salah satu usaha tersusun dan sistematik yang telah diaspirasikan dari Pelan Antirasuah Nasional (NACP) di peringkat organisasi dalam merealisasikan sebuah negara yang bebas dari rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.
Maka, Perbadanan Stadium Darul Makmur sebagai salah satu dari agensi jabatan kerajaan turut bersama menyahut seruan ini telah menyediakan Pelan Organisasi Anti rasuah bagi menzahirkan komitmen dan kesungguhan untuk meningkatkan integriti di kalangan kakitangannya. Walaupun jabatan ini bukanlah sebuah jabatan yang mempunyai potensi besar untuk berada dalam situasi rasuah, namun sebagai langkah pencegahan, maka pelan ini diharap akan menutup pintu-pintu atau peluang-peluang bagi rasuah ini berlaku dalam sebuah institusi agama.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada jawatankuasa atas kesungguhan mereka dalam menyediakan pelan ini.
Semoga hasrat kita untuk menjadi sebuah negara yang bebas daripada rasuah berjaya kita realisasikan dan akhirnya menjadi sebuah negara maju.
2Pengenalan pelan
Pembentukan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2022-2028 di peringkat Perbadanan Stadium Darul Makmur merupakan usaha Jabatan dalam mendukung aspirasi Kerajaan dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya dan bukan kerana rasuahnya. Pelan yang komprehensif dan inklusif ini dibangunkan selaras dengan penggubalan Pelan Anti rasuah Nasional atau lebih dikenali sebagai “National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2023”. Penggubalan pelan ini berpandukan kepada Objektif Strategik iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik di bawah inisiatif yang mewajibkan sektor awam untuk membangunkan Pelan OACP.
Kerangka pelan ini adalah hasil daripada perbincangan yang dijalankan di peringkat Jabatan melibatkan pelbagai unit untuk membangunkan pelan yang lengkap meliputi semua aspek yang berkait rapat dengan Jabatan. Kerjasama semua pihak yang terlibat bersama pemegang taruh dalam membudayakan integriti merupakan gambaran komitmen yang tinggi demi menjayakan aspirasi Jabatan. Pelan ini juga diharapkan mampu mengatasi kelemahan integriti dan tadbir urus dalam organisasi.
Maka, Perbadanan Stadium Darul Makmur berjanji dan komited dalam membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa serta pengamalan nilai-nilai baik.
3Ikrar integriti
Perbadanan Stadium Darul Makmur komited dalam melaksanakan semua polisi dan prosedur bagi mencegah, memantau dan memerangi sebarang bentuk rasuah melibatkan semua kakitangan dan pihak berkepentingan ke arah pencapaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti.
Perbadanan Stadium Darul Makmur tidak akan bertoleransi terhadap semua bentuk rasuah dan komited untuk:
- Memerangi rasuah dan mengekalkan persekitaran kerja bebas rasuah bagi semua kakitangan dan pihak berkepentingan;
- Memenuhi keperluan perlaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2023-2028;
- Menegakkan semua undang-undang yang berkaitan termasuklah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, prosedur dan lain-lain arahan yang berkaitan;
- Mewujudkan program yang boleh mengenalpasti, menganalisa, mencegah dan melaksana bagi mencapai objektif OACP;
- Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan berkenaan aktiviti berunsur rasuah dan kelakuan tidak wajar. Jaminan perlindungan akan diberikan kepada pemberi maklumat yang melaporkan salah laku rasuah di kalangan anggota kerja;
- Memastikan isu rasuah yang diurus oleh Unit Integriti akan diselia secara bebas dan bertanggungjawab;
- Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana kakitangan yang didapati tidak mematuhi dasar antirasuah yang berkaitan; dan
- Memastikan penilaian semula dan penambahbaikan OACP dilaksanakan secara berterusan.
1.1Bab 1 · Latar belakang organisasi
Perbadanan Stadium Darul Makmur ini telah ditubuhkan di bawah Enakmen No. 19. Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Perbadanan Stadium Darul Makmur Pahang, 1973 (Disemak 2018) dan tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasanya versi semakan ini menurut perenggan 5(1)(xxiv) Enakmen Penyemakan Undang-Undang (Negeri Pahang) 2005 [Enakmen 1] ialah pada 07 Jun 2018. Penubuhan Perbadanan Stadium Darul Makmur (Perbadanan) yang kekal turun temurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan boleh membuat kontrak.
Perbadanan diberikuasa untuk mengurus dan menyenggara Stadium Darul Makmur Pahang menurut kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen 4(1) Enakmen Perbadanan Stadium Darul Makmur Pahang. Perbadanan mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa perkiraan dengan mana-mana orang mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai, sama ada dengan tujuan untuk berkongsi keuntungan atau selainnya, untuk mengurus dan menyenggara Stadium Darul Makmur Pahang bagi pihaknya.
Tujuan utama penubuhannya adalah
1.2Bab 1 · Hala tuju strategik: visi, misi & objektif jabatan
Visi
Menubuh, mengurus dan menyelenggara Stadium untuk digunakan berhubung dengan suatu sukan, kegiatan-kegiatan kebudayaan, permainan, olahraga, riadah, perentang masa, pertunjukan dan perbarisan.
Misi
Menjadi antara stadium bereputasi cemerlang.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan sokongan yang cemerlang/terbaik dalam pembangunan sukan Negeri Pahang dan sebagai pusat kecemerlangan dalam pengurusan stadium.
1.3Bab 1 · Dasar integriti dan tadbir urus
Dalam usaha ke arah bergelar status Negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan gejala rasuah telah menjadi tunjang Negara. Oleh itu, terdapat beberapa inisiatif utama di peringkat nasional telah dibangunkan bermula dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan pada bulan April 2004 dengan matlamat melahirkan masyarakat bermoral dan beretika tinggi selaras dengan Wawasan 2020.
Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang pertama kali diadakan dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada Jun 2018. Dalam mesyuarat ini, satu keputusan untuk merangka dan membangunkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi menggantikan PIN. Pelan ini bertujuan menetapkan sasaran dan hala tuju melalui segala inisiatif yang telah dikenal pasti bagi menangani isu ketirisan, integriti, rasuah dan tadbir urus dalam pengurusan PSDM bagi tempoh tiga (3) tahun akan datang.
Tambahan itu, pelbagai bentuk usaha pencegahan rasuah yang sedia ada sama ada melalui Pelan Antirasuah Nasional (PIN), Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (CTP 2.0), Pelan Integriti Organisasi (PIO) dan yang terkini adalah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Pelbagai aspek ditambah baik, dikaji dan diolah agar lebih komprehensif serta menyeluruh demi keberkesanannya dapat dilihat. Pelan ini juga perlu dilaksanakan melalui tadbir urus yang lebih baik manakala sistem arahan pelaksanaan dan pelaporannya juga perlu lebih jelas.
1.4Bab 1 · Pelan Integriti Nasional (PIN)
Pelan Integriti Nasional (PIN) dengan objektif khusus bagi meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor lapisan masyarakat terhadap integriti. Agenda ini bertujuan menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan Negara di samping meningkatkan daya saing dan daya tahan Negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi. Fasa pertama PIN adalah bertujuan:
- Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan
- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan
- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
- Meningkatkan kualiti infrastruktur sukan dalam negeri
- Membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berintegriti
1.5Bab 1 · Pelan Integriti Organisasi (PIO) PSDM
Perbadanan Stadium Darul Makmur sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membanteras rasuah selaras dengan hasrat dan inspirasi PIN, Perbadanan Stadium Darul Makmur telah mengambil inisiatif selari dengan dasar dan tadbir urus nasional dengan membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023–2028 bagi penerapan nilai-nilai murni dalam membentuk jati diri, akauntabiliti dan keperibadian yang tinggi kepada warga Perbadanan Stadium Darul Makmur sejajar dengan visi dan misi.
2.1Bab 2 · Isu dan cabaran memerangi rasuah
Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Tekanan ekonomi dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam pengurusan awam. Secara amnya, isu rasuah boleh dibahagi kepada tiga (3) bidang iaitu:
Tadbir urus
- Peruntukan undang-undang (Akta) yang tidak lagi bertepatan yang menjurus kepada kelemahan penguatkuasaan
- Berlakunya penyelewengan di dalam urusan yang melibatkan perolehan
Integriti
- Berlakunya penyelewengan di dalam urusan yang melibatkan perolehan
- Campur tangan pihak politik yang menyebabkan sesuatu keputusan terjejas
Sosial
- Ikatan sosial yang rapuh menyebabkan hubungan bersifat materialistik dan terdapat kepentingan tersendiri
- Tiada sifat tanggungjawab dan prihatin terhadap sesuatu perkara yang dilakukan
2.2Bab 2 · Mengenal pasti risiko rasuah
Apakah pengurusan risiko rasuah?
Satu alat pengurusan (Management Tool) yang digunakan untuk menangani isu-isu risiko rasuah dengan menghasilkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan mewujudkan sebuah sistem pengurusan yang bercirikan anti rasuah dan mendukung nilai integriti.
CRM adalah satu proses pengurusan yang membantu organisasi untuk mengenal pasti risiko-risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta menyediakan pelan pengurusan risiko yang sistematik sehingga mewujudkan tadbir urus terbaik yang boleh menutup ruang peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
2.3Bab 2 · Keperluan menangani rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Gejala rasuah secara amnya, ialah satu bentuk urus niaga yang berkisar kepada pertukaran kepentingan antara satu pihak yang berkuasa dengan pihak yang berkepentingan. Sejajar dengan perkembangan dunia, kepesatan ekonomi dan kemajuan dalam teknologi maklumat, cara pelakuan rasuah semakin jauh berubah. Daripada konsep rasuah kecil-kecilan, ia telah beralih ke konsep rasuah yang lebih besar jaringannya, lebih kompleks dan lebih banyak terselindung.
Kebanyakan punca rasuah juga dikatakan berlaku disebabkan oleh faktor individu itu sendiri. Kelemahan sahsiah peribadi adalah masalah yang sukar untuk ditangani. Kelemahan sifat peribadi ini berlaku disebabkan kurangnya integriti serta jati diri dalam diri individu terbabit. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan tenaga profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Justeru itu, pelbagai langkah dalam membendung dan menangani gejala rasuah ini perlu dilaksana dan disokong oleh semua pihak memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua pihak. Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Keadilan serta kesaksamaan dalam masyarakat akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan juga bangsa akan hidup dengan aman.
2.4Bab 2 · Unit-unit/sektor yang cenderung kepada rasuah
Statistik daripada SPRM pada tahun 2013–2018 telah menggariskan beberapa bidang yang berpotensi tinggi terdedah oleh gejala rasuah. Oleh itu, Sesi Pembangunan Organizational Anti Corruption Plan (OACP) PSDM yang telah diadakan pada 10 Januari 2023 memutuskan untuk memberi penekanan dan keutamaan kepada empat (4) bidang berisiko.
Langkah-langkah komprehensif
Usaha membasmi masalah rasuah dalam negara kita boleh diambil dengan mengambil langkah komprehensif yang meliputi semua sudut. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengatasi gejala rasuah ini ialah dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman yang berkaitan dengan isu rasuah seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), Kanun Keseksaan (Akta 574), dan lain-lain lagi. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan jenayah rasuah serta dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat umum.
Menerusi langkah ini juga seluruh anggota masyarakat akan sedar bahayanya kesan aktiviti rasuah ini. Usaha galakan juga harus diberikan kepada individu serta masyarakat umum yang ingin tampil membantu. Pihak kerajaan hendaklah sentiasa memastikan segala akta berkaitan dapat membantu golongan terbabit tampil membantu dan menyalurkan segala maklumat berkaitan dengan kesalahan rasuah tanpa rasa takut serta menghadapi masalah sampingan.
Ini dapat dilakukan menerusi akta yang berkaitan seperti Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 (Pindaan 1977) [Akta 191], Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
3.1Bab 3 · Isu dan masalah yang dicadangkan dalam kerangka OACP
Setiap isu yang timbul akan diperincikan lagi menjadi pelbagai bidang yang cenderung terhadap gejala rasuah. Data pelbagai bidang ini kemudiannya dianalisa berdasarkan nilai kekerapan untuk tempoh lima tahun (2023–2028) dan impaknya terhadap organisasi, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Isu kelemahan tadbir urus dan integriti merupakan isu yang sentiasa dititik beratkan dalam mesyuarat pengurusan. Berbagai-bagai kaedah telah dirancang bagi tujuan penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja di Jabatan ini. Perancangan ini juga adalah bertujuan untuk menutup ruang dan peluang dari berlakunya ketidakpatuhan (non-compliance) dalam melaksanakan fungsi jabatan.
Pihak Pengurusan juga telah meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan inisiatif-inisiatif serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi risiko-risiko yang telah dikenal pasti.
3.2Bab 3 · Analisis kuadran
Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 30 inisiatif yang dikenal pasti berdasarkan punca rasuah yang ditemui. 30 inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisa tahap impak dan tahap kompleksiti pelaksanaannya.
Kuadran A
Inisiatif berimpak tinggi, kompleksiti rendah.
Kuadran B
Inisiatif berimpak tinggi, kompleksiti tinggi.
Kuadran C
Inisiatif berimpak rendah, kompleksiti rendah.
Kuadran D
Inisiatif berimpak rendah, kompleksiti tinggi.
- Impak: Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui kejayaan dalam sesuatu pelaksanaan inisiatif.
- Kompleksiti: Kesukaran atau kerumitan dalam melaksanakan sesuatu inisiatif.
3.3Bab 3 · Bidang-bidang berisiko
Kewangan
Memandangkan kewangan dan perolehan melibatkan sejumlah besar wang jabatan, maka ia perlu diuruskan dengan efisien supaya tidak terdedah kepada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan demi melindungi kepentingan awam.
Pentadbiran
Pentadbiran merujuk kepada aktiviti pengurusan sumber manusia dan modal insan berpandukan kepada sistem peraturan, amalan dan proses kerja yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui dasar dan peraturan yang berkuat kuasa.
Teknikal
Fungsi Unit Teknikal merangkumi penyelenggaraan aset-aset Jabatan. Justeru pengurusan penyelenggaraan peralatan dan fasiliti secara telus dan mengikut prosedur amat penting bagi memastikan tidak ada mana-mana syarikat tertentu yang memonopoli perkhidmatan-perkhidmatan tersebut di Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Pemasaran
Pemasaran merujuk kepada aktiviti penyewaan fasiliti jabatan bagi mendapatkan sumber pendapatan berpandukan kepada sistem peraturan, amalan dan proses kerja yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui dasar dan peraturan yang berkuat kuasa.
3.3Bab 3 · Kerangka utama OACP PSDM
| Kerangka | |
|---|---|
| Visi | Membentuk warga berintegriti dan bebas rasuah |
| Misi | Membudayakan integriti dalam perkhidmatan awam |
| Matlamat |
|
| Bidang keutamaan | Strategi | Objektif strategi |
|---|---|---|
| Kewangan | Mempertingkatkan keberkesanan ketelusan dalam tatacara perolehan |
|
| Pentadbiran | Meningkatkan kecekapan integriti penyampaian perkhidmatan awam |
|
| Teknikal | Menambahbaik prosedur polisi penyewaan |
|
| Pemasaran | Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan integriti |
|
3.3Bab 3 · Keutamaan strategi — 30 inisiatif
Ringkasan berikut menunjukkan 30 inisiatif yang telah dikenal pasti dan perlu diberi keutamaan. Ia berdasarkan tiga (3) strategi iaitu utama perolehan & kewangan, pentadbiran & pemasaran, dan teknikal. 30 inisiatif ini dikenal pasti berdasarkan jangkaan impak dan keperluan kesegeraan untuk menangani rasuah.
| Bidang keutamaan | Objektif strategik | Inisiatif |
|---|---|---|
| Perolehan & Kewangan | 5 | 15 |
| Pentadbiran & Pemasaran | 3 | 14 |
| Teknikal | 1 | 1 |
| Bil. | Inisiatif | Kuadran | Strategi |
|---|---|---|---|
| 1 | Memperkasakan mekanisme pemantauan bagi segala tuntutan yang dibuat oleh pegawai | A | 1 |
| 2 | Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai dan penyelia yang terlibat | A | 1 |
| 3 | Mewujudkan polisi kawalan dalaman yang jelas | C | 1 |
| 4 | Mewujudkan polisi kawalan dalaman yang jelas | A | 1 |
| 5 | Menambah baik garis panduan tatacara | B | 1 |
| 6 | Menganjurkan kursus integriti dan tatatertib | C | 1, 2 |
| 7 | Mengadakan pemeriksaan mengejut | C | 1 |
| 8 | Mengadakan latihan/kursus tatacara perolehan kerajaan | C | 1 |
| 9 | Mewujudkan polisi kawalan dalaman yang jelas | C | 1 |
| 10 | Mengadakan latihan/kursus tatacara perolehan kerajaan | A | 1 |
| 11 | Mengadakan kursus integriti dan tatacara pengurusan perolehan | A | 1 |
| 12 | Mengadakan kursus integriti dan tatacara pengurusan perolehan | A | 1 |
| 13 | Meningkatkan kesedaran pegawai dengan menghadiri kursus tatacara pengurusan kewangan | C | 1 |
| 14 | Melaksanakan pusingan kerja | A | 1 |
| 15 | Menambah baik garis panduan | A | 1 |
| 16 | Membuat pemantauan berkala keberadaan kakitangan | C | 2 |
| 17 | Memberi kesedaran kepada kakitangan etika penjawat awam | C | 2 |
| 18 | Mengambil tindakan ke atas ketidakpatuhan kakitangan | C | 2 |
| 19 | Memperkenalkan mekanisme pemantauan pengurusan isu pegawai jabatan | C | 2 |
| 20 | Memastikan tindakan punitif diambil kepada pegawai yang terlibat | C | 2 |
| 21 | Memperkukuhkan latihan berkaitan pengurusan fail kepada pegawai | A | 2 |
| 22 | Memperkukuhkan mekanisme pengendalian dokumen/rekod rasmi kerajaan berdasarkan pekeliling | A | 2 |
| 23 | Menganjurkan program latihan pengurusan aset dan taklimat pemeriksaan aset kepada pegawai pemeriksa berkaitan aset | B | 2 |
| 24 | Menganjurkan program latihan pengurusan aset dan taklimat pemeriksaan aset kepada pegawai pemeriksa berkaitan aset | B | 2 |
| 25 | Memupuk kesedaran kepada semua pegawai tatacara pengendalian aset jabatan | B | 2 |
| 26 | Menganjurkan program latihan pengurusan aset dan taklimat pemeriksaan aset kepada pegawai pemeriksa berkaitan aset | B | 2 |
| 27 | Membuat semakan berkala surat-surat penurunan kuasa | B | 2 |
| 28 | Sentiasa mengingatkan Ahli Lembaga keperluan pelaksanaan mesyuarat jawatankuasa bagi mendapatkan keputusan | A | 2 |
| 29 | Mewujudkan Polisi Panduan Penyewaan yang lebih ketat | A | 3 |
3.3Bab 3 · Visi, misi, matlamat dan jawatankuasa OACP
Visi
Membentuk Warga PSDM Bertintegriti Dan Bebas Rasuah.
Misi
Membudayakan Integriti Dalam Perkhidmatan PSDM.
Matlamat
- Meningkatkan keupayaan penyampaian perkhidmatan melalui tadbir urus yang telus, cekap dan berkesan
- Menghapuskan rasuah melalui pemerkasaan governans dan integriti
- Meningkatkan kompetensi, jati diri dan daya saing warga PSDM
Ahli jawatankuasa Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) PSDM 2023–2028
3.3Bab 3 · Bidang keutamaan dan objektif strategik
| Objektif strategik (OS) | Risiko | Inisiatif |
|---|---|---|
| Kewangan — Strategi 1: Mempertingkatkan keberkesanan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan | ||
| OS 1.1 Meningkatkan ketelusan kewangan dan perolehan serta pengurangan risiko rasuah | 1 | 4 |
| OS 1.2 Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam | 2 | 5 |
| OS 1.3 Mempertingkatkan keberkesanan kawalan dalaman dalam perolehan | 2 | 3 |
| OS 1.4 Mempertingkatkan keberkesanan kawalan terimaan | 1 | 1 |
| OS 1.5 Memperkukuhkan kecekapan pengurusan kewangan | 1 | 2 |
| Pentadbiran — Strategi 2: Meningkatkan kecekapan dan integriti penyampaian perkhidmatan awam | ||
| OS 2.1 Membudayakan etika kerja yang berintegriti dalam pentadbiran awam | 4 | 1 |
| OS 2.2 Memperkukuhkan keselamatan aset dan dokumen rasmi kerajaan | 4 | 2 |
| OS 2.3 Memperkasakan akauntabiliti penjawat awam | 2 | 2 |
| Teknikal — Strategi 3: Menambah prosedur/polisi penyewaan dan penambahbaikan fasiliti | ||
| OS 3.1 Memperkukuhkan keselamatan aset dan dokumen rasmi kerajaan | 3 | 1 |
3.4Bab 3 · Pelan tindakan: Kewangan (perolehan dan kewangan)
- Bidang keutamaan
- Perolehan dan Kewangan
- Strategi 1
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan
- Objektif strategi
- Meningkatkan ketelusan kewangan dan perolehan, serta pengurangan risiko rasuah
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Tuntutan palsu melibatkan warga jabatan | Memperkasakan mekanisme pemantauan bagi segala tuntutan yang dibuat oleh pegawai | Kewangan | 1 tahun (2023–2024) |
| Mengenakan tindakan punitif kepada pegawai dan penyelia yang terlibat | Pentadbiran | 1 tahun (2023–2024) | |
| Mengadakan latihan/kursus kesedaran pegawai berkaitan Akta SPRM 2009 Seksyen 18 (mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu) | Pentadbiran | 2 tahun (2023–2025) | |
| Mewujudkan polisi kawalan dalaman yang jelas | Pentadbiran | 1 tahun (2023–2024) |
- Bidang keutamaan
- Perolehan dan Kewangan
- Strategi 1
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan
- Objektif strategi
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Bayaran dibuat kepada kontraktor bagi kerja yang tidak dilaksanakan | Menambahbaik garis panduan tatacara tuntutan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
| Kursus integriti dan tatatertib | Pentadbiran | 1 tahun (2023–2024) | |
| Mengadakan pemeriksaan mengejut | Pentadbiran | 1 tahun (2023–2024) | |
| Pesanan pembelian kerajaan tidak dikeluarkan terlebih dahulu sebelum bekalan barangan/perkhidmatan diterima | Mengadakan latihan/kursus tatacara perolehan kerajaan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
| Mewujudkan polisi kawalan dalaman yang jelas | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
- Bidang keutamaan
- Perolehan dan Kewangan
- Strategi 1
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan
- Objektif strategi
- Mempertingkatkan keberkesanan kawalan dan ketelusan perolehan awam
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Jawatankuasa spesifikasi tidak diwujudkan | Mengadakan latihan/kursus tatacara perolehan kerajaan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
| Mengadakan kursus integriti dan tatacara pengurusan perolehan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) | |
| Integrity Pact tidak dilaksanakan bagi semua perolehan yang dilaksanakan | Mengadakan kursus integriti dan tatacara pengurusan perolehan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
- Bidang keutamaan
- Perolehan dan Kewangan
- Strategi 1
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan
- Objektif strategi
- Mempertingkatkan keberkesanan kawalan terimaan
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Kesilapan dari segi catatan di penyata mengenai borang hasil yang dikawal | Mengadakan latihan/kursus tatacara perolehan kerajaan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
- Bidang keutamaan
- Perolehan dan Kewangan
- Strategi 1
- Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam tatacara perolehan dan pengurusan kewangan
- Objektif strategi
- Memperkukuhkan kecekapan pengurusan kewangan
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Baucer bayaran tidak mematuhi kriteria kawalan dalaman proses bayaran | Melaksanakan pusingan kerja | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
| Menambahbaik garis panduan | Pentadbiran | 3 tahun (2023–2026) |
3.4Bab 3 · Pelan tindakan: Pentadbiran
- Bidang keutamaan
- Pentadbiran
- Strategi 1
- Meningkatkan kecekapan dan integriti penyampaian perkhidmatan awam
- Objektif strategi
- Membudayakan etika kerja yang berintegriti dalam pentadbiran awam
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Ketiadaan pegawai di pejabat ketika waktu kerja | Membuat pemantauan berkala keberadaan kakitangan | Pentadbiran | 1 tahun (2023–2024) |
| Memberi kesedaran kepada kakitangan etika penjawat awam | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) | |
| Tidak menepati waktu kehadiran kerja | Mengambil tindakan ke atas ketidakpatuhan kakitangan | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
| Pemalsuan sijil cuti sakit | Menganjurkan kursus integriti dan tatatertib | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
| Kerja hakiki tertangguh kerana pegawai mengutamakan aktiviti luar/sampingan | Mengambil tindakan ke atas ketidakpatuhan kakitangan | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
- Bidang keutamaan
- Pentadbiran
- Strategi 1
- Meningkatkan kecekapan dan integriti penyampaian perkhidmatan awam
- Objektif strategi
- Memperkasakan pentadbiran ke arah tadbir urus yang baik
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Berlakunya kehilangan dan kecuaian dalam pengurusan fail | Melaksanakan pendaftaran dan pergerakan fail menggunakan buku daftar atau sistem rekod | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
| Mengadakan pemeriksaan dan pengauditan fail secara berkala | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) | |
| Aset alih tidak diberi tanda pengenalan dan no siri pendaftaran | Melaksanakan pendaftaran bagi setiap aset alih mengikut no siri yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
| Pinjaman dan pergerakan aset alih tidak direkod menggunakan borang pinjaman dan pergerakan aset alih (KEW PA-9) | Melaksanakan dan mewajibkan semua pergerakan aset alih menggunakan borang yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
| Program penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan tidak direkod | Pemantauan secara berkala bagi memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
3.4Bab 3 · Pelan tindakan: Pemasaran
- Bidang keutamaan
- Pemasaran
- Strategi 1
- Menambahbaik prosedur / polisi penyewaan
- Objektif strategi
- Mempertingkatkan proses prosedur penyewaan
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Mewujudkan polisi panduan penyewaan yang lebih ketat | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
3.4Bab 3 · Pelan tindakan: Teknikal
- Bidang keutamaan
- Teknikal
- Strategi 1
- Meningkatkan kecekapan dan integriti penyampaian perkhidmatan awam
- Objektif strategi
- Memperkasakan pentadbiran ke arah tadbir urus yang baik
| Risiko kelemahan & ketirisan | Inisiatif | Peneraju / pelaksana | Tempoh masa |
|---|---|---|---|
| Berlakunya kehilangan dan kecuaian dalam pengurusan fail | Melaksanakan pendaftaran dan pergerakan fail menggunakan buku daftar atau sistem rekod | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) |
| Mengadakan pemeriksaan dan pengauditan fail secara berkala | Pentadbiran | 5 tahun (2023–2028) | |
| Aset alih tidak diberi tanda pengenalan dan no siri pendaftaran | Melaksanakan pendaftaran bagi setiap aset alih mengikut no siri yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
| Pinjaman dan pergerakan aset alih tidak direkod menggunakan borang pinjaman dan pergerakan aset alih (KEW PA-9) | Melaksanakan dan mewajibkan semua pergerakan aset alih menggunakan borang yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
| Program penyelenggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan tidak direkod | Pemantauan secara berkala bagi memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan | Teknikal | 5 tahun (2023–2028) |
4.1Bab 4 · Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan
Pelaksanaan OACP PSDM hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan kerjasama antara pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan, warga Jabatan, Pelanggan dan stakeholder. Bagi memastikan pelaksanaannya bergerak seiring dengan NACP, suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan OACP PSDM hendaklah ditubuhkan seperti berikut:
| Badan | Peranan |
|---|---|
| Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) |
|
| Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Negeri Pahang — dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang |
|
| Jawatankuasa Pelaksana dan Pemantauan — dipengerusikan oleh Pengurus. Keahlian: ketua-ketua unit. Urus setia: Ketua Pembantu Tadbir |
|
4.2Bab 4 · Mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan dokumen yang dibangunkan bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan oleh semua warga PSDM. OACP juga merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam memerangi rasuah. Pelan ini bermatlamat untuk menyumbang kepada pembaharuan strategi antirasuah di Malaysia.
Dalam mengenal pasti prestasi setiap strategi dan inisiatif, semua aktiviti akan sentiasa dipantau secara berkala. Urus setia Jawatankuasa OACP jabatan akan menyelaras setiap aktiviti dan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Negeri akan memantau dan menilai setiap pelan pelaksanaan. Di bawah adalah contoh mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian:
Penyelarasan
- Menyenaraikan objektif program
- Memadankan aktiviti dan sumber dengan objektif
- Menterjemahkan objektif ke dalam indikator prestasi dan sasaran
Pemantauan
- Membandingkan keputusan sebenar dengan sasaran (melalui pengumpulan data yang kerap)
- Melaporkan sebarang permasalahan kepada Jawatankuasa OACP Jabatan
Penilaian
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap aktiviti
- Menilai sama ada aktiviti yang menyokong strategi tersebut berorientasikan matlamat yang hendak dicapai
- Memastikan bahawa aktiviti dilaksanakan sebagaimana yang dirancang
- Memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan situasi apabila diperlukan
4.2Bab 4 · Mekanisme penilaian
4.2Bab 4 · Penilaian
| Objektif | Petunjuk / ukuran |
|---|---|
| Mengurangkan salah laku integriti dikalangan warga PSDM |
|
| Mewujudkan suasana kerja yang mementingkan semangat berpasukan harmoni, berintegriti, bermoral, beretika serta mempunyai minda kelas pertama |
|
| Memupuk kesedaran pegawai untuk melaporkan kesalahan rasuah |
|
Bab 5Kesimpulan
Rasuah berasal daripada perkataan Arab “al risywar”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. “MEMBERI DAN MENERIMA SUAPAN” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Manakala integriti membawa maksud kejujuran iaitu perihal jujur, ikhlas dan lurus hati. Integriti juga biasanya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dalam memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Dalam bahasa Arab, integriti dinisbahkan sebagai istiqamah, amanah, nazahah, kamal dan tamam.
Dalam usaha ke arah jabatan bebas rasuah dan berintegriti tinggi, PSDM amat komited untuk memantapkan pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah secara berterusan supaya tidak ada pelaku-pelaku rasuah dalam jabatan.
Rasuah merupakan suatu gejala sosial yang diwarisi hampir dalam setiap masyarakat sejak mula peradaban. Ia merupakan suatu amalan yang universal tanpa batasan sempadan, negara, bangsa, kaum atau adat. Antara punca-punca kenapa amalan rasuah boleh berlaku adalah disebabkan sifat tamak haloba, integriti rendah, kelemahan tadbir urus, kelemahan dalam penguatkuasaan dan tarikan untuk mencapai kekayaan dan kesenangan dengan cepat dan mudah melalui jawatan dan kuasa yang dimiliki.
Selari dengan aspirasi Kerajaan iaitu “Menjadikan Malaysia Dikenali Kerana Integriti Bukan Rasuah”, Pengurusan Tertinggi PSDM sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan setiap urusan dan perkhidmatan dilaksanakan sebaik mungkin berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan akauntabiliti yang tinggi bagi meningkatkan imej jabatan dalam menangani gejala rasuah.
Justeru itu, melalui Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) PSDM, sebanyak 30 pelan tindakan melalui 3 strategi utama bersama telah digariskan bagi menangani masalah rasuah dan salah laku integriti dalam PSDM. OACP ini bukan hanya tertakluk kepada usaha pencegahan dan pengukuhan integriti PSDM dalam jangka masa tiga tahun malah akan berterusan seiring dengan kehendak Kerajaan.
Dalam memastikan kelestarian OACP, komitmen Kerajaan dan Jabatan amat diperlukan terutama daripada segi tindakan memastikan sumber daya (contohnya sumber manusia dan kewangan) dalam merealisasikan inisiatif yang telah dikenal pasti.
Inisiatif yang telah dikenal pasti akan dipantau dan dikaji dari semasa ke semasa. Pengurusan tertinggi PSDM juga akan sentiasa peka dengan perubahan semasa dengan mengambil kira semua maklum balas, dan cadangan daripada pelbagai pihak supaya inisiatif yang dirangka akan sentiasa relevan dan terus menjadi rujukan semua pihak terutamanya kakitangan PSDM dalam menangani salah laku dan jenayah rasuah.
Dasar Integriti, Governans dan Antirasuah — Versi A
1Kenyataan dasar
Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) dengan ini menetapkan komitmen teguh untuk membudayakan tadbir urus terbaik melalui penerapan nilai integriti, akauntabiliti, dan ketelusan dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan awam.
Dasar ini menguatkuasakan prinsip PERKHIDMATAN BERKUALITI, BEBAS RASUAH melalui toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa dengan memperkukuh kawalan dalaman, mematuhi peraturan perolehan yang adil, serta memastikan setiap warga kerja mematuhi peraturan yang ditetapkan demi memelihara kedaulatan undang-undang dan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Perbadanan Stadium Darul Makmur.
2Asas perundangan
Dasar ini bertetapan dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan keperluan perundangan pentadbiran Negeri Pahang.
3Pelaksanaan dasar
Pelaksanaan dasar ini diterjemahkan melalui garis panduan dan polisi yang dibangunkan seperti:
dan ianya selaras dengan halatuju misi dan visi PSUK Pahang dengan moto MUDAH, CEPAT, TELUS.
4Ikrar dan tindakan tatatertib
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur berikar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah, mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi dan sentiasa memelihara kedaulatan Undang-Undang demi kedaulatan Negeri Pahang.
Dasar Integriti, Governans dan Antirasuah — Versi B
1Kenyataan dasar
Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) dengan ini menetapkan komitmen teguh untuk membudayakan tadbir urus terbaik melalui penerapan nilai integriti, akauntabiliti, dan ketelusan dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan awam.
Dasar ini menguatkuasakan prinsip PERKHIDMATAN BERKUALITI, BEBAS RASUAH melalui toleransi sifar terhadap sebarang bentuk rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa dengan memperkukuh kawalan dalaman, mematuhi peraturan perolehan yang adil, serta memastikan setiap warga kerja mematuhi peraturan yang ditetapkan demi memelihara kedaulatan undang-undang dan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Perbadanan Stadium Darul Makmur.
2Asas perundangan
Dasar ini bertetapan dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan keperluan perundangan pentadbiran Negeri Pahang.
3Pelaksanaan dasar
Pelaksanaan dasar ini diterjemahkan melalui garis panduan dan polisi yang dibangunkan seperti:
dan ianya selaras dengan halatuju misi dan visi PSUK Pahang dengan moto MUDAH, CEPAT, TELUS.
4Ikrar dan tindakan tatatertib
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur berikar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah, mendahulukan kepentingan awam daripada kepentingan peribadi dan sentiasa memelihara kedaulatan Undang-Undang demi kedaulatan Negeri Pahang.
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat
1Perutusan
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji bagi Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, kita terus melangkah dalam memacu kecemerlangan pentadbiran Negeri Pahang Darul Makmur.
Sebagai nadi pentadbiran negeri, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) Pahang sentiasa meletakkan aspek Integriti dan Tadbir Urus yang Baik sebagai teras utama dalam setiap penyampaian perkhidmatan. Kita sedar bahawa amanah yang digalas ini memerlukan keberanian untuk mempertahankan kebenaran dan ketelusan.
Sehubungan dengan itu, PSDM Pahang telah menguatkuasakan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat sebagai manifestasi kesungguhan kita dalam memerangi sebarang bentuk Kelakuan Tidak Wajar termasuk rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, dan pelanggaran peraturan.
Jangan Takut Untuk Melapor. Saya ingin memberi jaminan sepenuhnya kepada seluruh warga PSDM Pahang dan para pemegang taruh sekalian. Anda Dilindungi. Polisi ini dirangka khusus untuk memastikan identiti anda dirahsiakan sepenuhnya dan anda akan dilindungi daripada sebarang bentuk tindakan balas atau diskriminasi, selaras dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Mari kita bersama-sama membudayakan amalan kerja yang bersih dan jujur. Jadikanlah kejujuran sebagai perisai dan integriti sebagai panduan. Saya menyeru agar saluran aduan rasmi yang disediakan digunakan dengan penuh amanah dan niat yang suci demi kelestarian kecemerlangan Negeri Pahang.
Semoga usaha murni kita ini mendapat keredaan Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada pentadbiran yang lebih telus, efisien, dan berwibawa. Sekian, terima kasih.
2Pendahuluan dan pemakaian
Pendahuluan
Polisi ini digubal sebagai garis panduan rasmi bagi memudahkan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur, pelanggan, dan orang awam menyalurkan maklumat mengenai sebarang salah laku atau tingkah laku tidak wajar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Matlamat utamanya adalah untuk menjamin perlindungan menyeluruh kepada individu yang mempunyai keberanian moral dalam melaporkan pelanggaran tersebut demi kepentingan integriti Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Pemakaian
Polisi ini terpakai kepada semua warga kerja PSDM Pahang, pihak berkepentingan, pelanggan dan rakan strategik serta orang awam yang berurusan dengan Perbadanan Stadium Darul Makmur.
3Takrifan
| Perkara | Takrifan |
|---|---|
| Pemberi maklumat | Mana-mana individu yang membuat pendedahan maklumat Kelakuan Tidak Wajar kepada Unit Integriti Perbadanan Stadium Darul Makmur atau agensi penguatkuasaan. |
| Kelakuan Tidak Wajar (KTW) | Apa-apa kelakuan jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. |
| Kesalahan tatatertib | Apa-apa tindakan atau peninggalan yang menjadi suatu pelanggaran tatatertib dalam badan awam atau badan swasta sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja, mengikut mana-mana yang berkenaan. |
| Maklumat sulit |
|
| Pegawai diberi kuasa | Mana-mana pegawai yang ditempatkan di Unit Integriti, Perbadanan Stadium Darul Makmur. |
| Tindakan yang memudaratkan |
|
| Agensi penguatkuasaan |
|
| Warga PSDM Pahang | Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Perbadanan Stadium Darul Makmur sama ada melalui lantikan tetap, sementara, sangkut, pinjaman, kontrak atau sambilan dan termasuk lantikan politik. |
| Polisi | Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Pejabat Perbadanan Stadium Darul Makmur. |
4Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)
5Pemberi maklumat yang layak dilindungi
Pemberi maklumat yang layak diberikan perlindungan berdasarkan Akta 711 adalah seperti berikut:
6Jenis perlindungan di bawah Akta 711
7Pembatalan perlindungan
Perlindungan Pemberi Maklumat berdasarkan Akta 711 akan TERBATAL di bawah keadaan seperti yang berikut:
- Mendedahkan maklumat sulit: subseksyen 8(4);
- Membuat pernyataan palsu: seksyen 21;
- Menghalang pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawabnya: seksyen 22;
- Memusnahkan, memalsukan dan sebagainya dokumen: seksyen 23;
- Bersubahat atau percubaan untuk melakukan kesalahan di bawah Akta ini: seksyen 24.
8Permohonan remedi
Apabila pemberi maklumat mendapat ancaman atau diambil tindakan yang memudaratkan, pemberi maklumat boleh meminta agensi penguatkuasaan yang berkaitan memohon remedi daripada mahkamah bagi mendapatkan:
- Ganti rugi/pampasan; dan/atau
- Injunksi — apa-apa relief lain yang difikirkan perlu/patut.
9Perlindungan Pemberi Maklumat di bawah polisi ini
Kerahsiaan maklumat peribadi
Identiti pemberi maklumat, alamat, dan butiran laporan akan dirahsiakan sepenuhnya daripada pengetahuan umum dan tidak boleh didedahkan walaupun semasa prosiding mahkamah atau tatatertib.
Kekebalan daripada tindakan sivil/jenayah
Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang (seperti saman fitnah) atau tindakan tatatertib jabatan semata-mata kerana laporan yang dibuat.
Perlindungan daripada tindakan memudaratkan
Pemberi maklumat tidak akan dikenakan tindakan balas dendam seperti:
- Pertukaran jabatan secara paksa atau tidak adil.
- Penurunan pangkat atau markah prestasi (LNPT).
- Pemulauan atau gangguan di tempat kerja.
d) Syarat pemberian perlindungan
Perlindungan ini terpakai selagi mana pengadu memenuhi kriteria berikut:
- Maklumat yang diberikan adalah benar dan bukan berdasarkan khabar angin semata-mata dan bukan dengan niat jahat untuk menganiaya individu lain.
- Laporan dibuat kepada pihak berkuasa yang sah (Unit Integriti PSDM Pahang, SPRM, atau Polis).
- Pendedahan maklumat tanpa menyatakan maklumat yang jelas tentang nama, identiti, nombor telefon dan alamat untuk dihubungi adalah TIDAK LAYAK diberikan perlindungan di bawah polisi ini.
10Tanggungjawab pegawai diberi kuasa dan pemberi maklumat
Pegawai diberi kuasa
- Pegawai Diberi Kuasa hendaklah menerima pendedahan yang dibuat secara lisan ataupun bertulis yang diberikan oleh pemberi maklumat.
- Pendedahan yang dibuat secara lisan, Pegawai Diberi Kuasa hendaklah seberapa segera mengubahnya dalam bentuk bertulis.
- Pegawai Diberi Kuasa perlu memaklumkan kepada pemberi maklumat berkaitan peruntukan undang-undang termasuk perlindungan pemberi maklumat di bawah Akta 711.
Pemberi maklumat — aduan mesti lengkap dan jelas
- Di mana Kelakuan Tidak Wajar berlaku;
- Siapa yang terlibat;
- Apakah Kelakuan Tidak Wajar yang dilakukan;
- Bagaimana Kelakuan Tidak Wajar yang dilakukan;
- Asas kebimbangan;
- Dokumen yang terlibat serta lain-lain yang berkaitan; dan
- Maklumat saksi (jika ada).
Pemberi maklumat mungkin akan diminta tampil secara bersemuka atau dihubungi untuk mendapatkan maklumat atau keterangan lanjut sekiranya pendedahan yang diberikan olehnya perlu disiasat dengan lebih lanjut.
11Maklumat yang boleh didedahkan
Perkara yang boleh didedahkan adalah Kelakuan Tidak Wajar yang melanggar undang-undang, pekeliling atau peraturan berkuat kuasa semasa seperti berikut:
- Rasuah atau penipuan;
- Kesalahan jenayah;
- Salah guna wang, perolehan atau aset Kerajaan;
- Kesalahan tatatertib;
- Kesalahan tadbir urus atau pengurusan dalam PSDM Pahang yang melanggar undang-undang dan peraturan;
- Ketirisan hasil dalam PSDM Pahang;
- Penyelewengan peruntukan PSDM Pahang;
- Kelakuan atau perbuatan yang mengancam keselamatan warga PSDM Pahang;
- Menyuruh, mengarah, mendorong atau menggugut seseorang dengan sengaja atau sedar supaya melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan berkuatkuasa; dan
- Lain-lain tindakan tidak wajar yang boleh menggugat dan merosakkan imej PSDM Pahang.
12Proses pengurusan aduan Kelakuan Tidak Wajar
Pemberi maklumat yang ingin membuat pendedahan Kelakuan Tidak Wajar boleh menyalurkan aduan melalui kaedah seperti berikut:
Hadir sendiri
Berjumpa dengan Pegawai Seksyen Aduan, Unit Integriti PSDM Pahang.
Emel
unit.integriti@pahang.gov.my
Surat
Ketua Unit Integriti, Pejabat Perbadanan Stadium Darul Makmur, Tingkat 1, Perbadanan Stadium Darul Makmur, Jalan Dato Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang.
Telefon
09-5142637 / 019-9922637
Sistem aduan dalam talian
http://pahang.spab.gov.my
Carta alir prosedur pengurusan aduan Kelakuan Tidak Wajar
13Penutup
Komitmen Perbadanan Stadium Darul Makmur
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang komited sepenuhnya dalam mewujudkan persekitaran kerja yang telus, berintegriti, dan bebas daripada sebarang bentuk amalan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, atau kelakuan tidak wajar. Pelaksanaan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini merupakan bukti kesungguhan kami dalam menegakkan prinsip tadbir urus yang baik demi kesejahteraan rakyat dan negeri Pahang.
Seruan dan jaminan perlindungan
Kami menggalakkan mana-mana warga PSDM Pahang, rakan strategik, kontraktor, dan orang awam yang mempunyai maklumat berasas mengenai sebarang Kelakuan Tidak Wajar yang melibatkan warga PSDM Pahang untuk tampil membuat pendedahan melalui saluran aduan rasmi yang telah ditetapkan.
PSDM Pahang memberikan jaminan bahawa setiap pemberi maklumat yang membuat pendedahan dengan niat baik (good faith) akan dilindungi identiti mereka dan akan dipelihara daripada sebarang tindakan balas atau mudarat, selaras dengan peruntukan Polisi ini dan undang-undang yang berkuat kuasa, khususnya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711].
Kuat kuasa dan semakan polisi
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat PSDM Pahang ini berkuat kuasa mulai daripada tarikh yang dinyatakan di bawah dan akan disemak secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya kekal relevan dan efektif dalam menyokong agenda integriti organisasi.
Kod Etika dan Tatakelakuan
1Perutusan Pengurus
Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Pahang 1st.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas IzinNya, satu lagi usaha murni dapat direalisasikan iaitu penerbitan Buku Kod Etika dan Tatakelakuan Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Penerbitan buku ini adalah satu langkah signifikan ke arah memperkukuh budaya kerja berintegriti, berakauntabiliti dan profesional dalam kalangan penjawat awam. Kita sedia maklum bahawa etika dan tatakelakuan bukan hanya satu garis panduan, malah ia mencerminkan nilai dan maruah perkhidmatan awam yang kita wakili.
Perkhidmatan Awam merupakan tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Isu salah laku penjawat awam seperti rasuah dan salah guna kuasa yang dipaparkan di media sosial boleh menjejaskan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam. Lantaran itu, setiap penjawat awam perlu menjunjung tinggi budaya etika dan integriti serta komited, jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan buku ini. Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan tadbir urus yang baik, malah menunjukkan kesungguhan kita dalam memartabatkan integriti dalam perkhidmatan awam. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan Kod Etika dan Tatakelakuan ini sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian, agar perkhidmatan awam Negeri Pahang terus dipercayai, dihormati dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.
2Pengenalan dan tujuan
Kod Etika dan Tatakelakuan Kakitangan Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) merupakan satu panduan yang menggabungkan nilai bersama, nilai kembangan, peraturan dan tatakelakuan yang perlu dipatuhi dan dibudayakan oleh warga kerja Perbadanan Stadium Darul Makmur untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti sekali gus mencapai hala tuju jabatan.
Tujuan Kod Etika dan Tatakelakuan PSDM
- Menetapkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh warga kerja Perbadanan Stadium Darul Makmur;
- Memberi panduan berhubung tanggungjawab warga Perbadanan Stadium Darul Makmur semasa bertugas sebagai penjawat awam selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015;
- Mengeluarkan satu panduan yang lebih jelas, ringkas, padat, komprehensif, mudah difahami, dihayati dan sesuai dijadikan bahan rujukan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur; dan
- Memastikan setiap warga kerja Perbadanan Stadium Darul Makmur yang berkhidmat sebagai penjawat awam mempunyai nilai, integriti dan etika yang tinggi.
3Nilai-nilai bersama PSDM — AMANAH
Nilai-nilai bersama dibentuk berdasarkan perkataan AMANAH yang memilih elemen-elemen positif yang perlu dimiliki oleh setiap warga kerja Perbadanan Stadium Darul Makmur. Pemahaman pelaksanaan nilai-nilai bersama yang berunsur positif adalah sejajar dengan keperluan bagi membangun dan memiliki tenaga kerja yang komited, berintegriti dan berinovasi dalam segenap aspek dan berusaha dalam melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memenuhi aspirasi stakeholder dan pelanggan seperti berikut:
4Prinsip utama etika perkhidmatan awam
Kenegaraan
- Menghayati Prinsip Rukun Negara
- Taat setia kepada YDP Agong, Negara dan Kerajaan
- Semangat patriotisme yang tinggi
- Berkecuali
- Bersikap adil dan kesaksamaan
Etika kerja
- Akauntabiliti
- Integriti
- Telus
- Amanah
- Menjaga kerahsiaan
- Mengamalkan ciri-ciri yang profesional
- Budaya kerja yang mulia dan sempurna
- Mematuhi dan mendaulatkan undang-undang
Nilai-nilai murni
- Kebijaksanaan
- Pemeliharaan diri
- Keberanian
- Keadilan
5Nilai kembangan
Nilai kembangan perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga Perbadanan Stadium Darul Makmur dan ianya dapat menyokong pencapaian nilai bersama berdasarkan prinsip seperti berikut:
Menghargai masa
Menekankan ketepatan dan pengurusan masa yang cekap dalam menjalankan tugas.
Ketekunan membawa kejayaan
Mendorong usaha gigih dan dedikasi untuk mencapai kejayaan individu dan organisasi.
Keseronokan bekerja
Menggalakkan sikap positif dan keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi.
Kemuliaan kesederhanaan
Mengamalkan nilai kesederhanaan dalam tindakan dan kehidupan seharian.
Ketinggian peribadi
Menjaga dan meningkatkan kualiti peribadi agar mencerminkan imej profesional dan mulia.
Kekuatan sifat baik hati
Mengamalkan sikap mesra, prihatin dan bantu membantu dalam perkhidmatan.
Pengaruh teladan
Pentingnya menjadi contoh atau model teladan yang baik kepada rakan sekerja dan orang awam.
Kewajipan menjalankan tugas
Menekankan tanggungjawab dan kewajipan untuk melaksanakan tugas yang diberi dengan berkesan.
Keseronokan bekerja
Menggalakkan sikap positif dan keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi.
Kebijaksanaan berhemat
Mengamalkan pengurusan kewangan dan sumber secara bijak dan berhemah.
Keutamaan kesabaran
Menghayati sikap sabar dalam menghadapi cabaran dan tugas harian.
Peningkatan bakat
Berusaha untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan diri secara berterusan.
Nikmat mencipta
Memanfaatkan kreativiti untuk mencari solusi inovatif dan penambahbaikan dalam kerja.
6Kod Etika warga Perbadanan Stadium Darul Makmur
Kod Etika warga Perbadanan Stadium Darul Makmur merupakan panduan asas yang menetapkan nilai, prinsip, dan standard tingkah laku yang perlu diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam di bawah Perbadanan Stadium Darul Makmur. Ia digubal bagi memastikan setiap warga kerja mengamalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti, berdisiplin serta bertanggungjawab sejajar dengan prinsip Rukun Negara. Pematuhan terhadap kod etika ini adalah penting dalam memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran Perbadanan Stadium Darul Makmur. Melalui penghayatan dan pelaksanaan nilai-nilai murni yang digariskan, warga PSDM dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan yang telus dan efisien.
Etika individu
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri demi membentuk peribadi yang beretika;
- Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi diri secara berterusan melalui program pembangunan kerjaya serta modal insan;
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang dan bertanggungjawab kepada setiap tugas yang diamanahkan; dan
- Menghindari sebarang tindakan dan pengaruh negatif yang boleh menjejaskan sahsiah diri.
Etika terhadap rakan sekerja
- Berinteraksi secara beradab dengan menghormati hak, maruah, nilai diri rakan sekerja tanpa mengira pangkat;
- Mengamalkan etika kerja yang menunjukkan semangat setiakawan dan profesionalisme dengan bersikap positif dengan rakan sekerja;
- Menjalinkan kerjasama yang harmoni serta saling mendukung bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif; dan
- Menjauhi sebarang bentuk penyebaran fitnah dan buli (fizikal, emosi, lisan dan siber) yang boleh menjejaskan emosi rakan sekerja.
Etika terhadap jabatan
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri demi membentuk peribadi yang beretika;
- Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi diri secara berterusan melalui program pembangunan kerjaya serta modal insan;
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang dan bertanggungjawab kepada setiap tugas yang diamanahkan; dan
- Menghindari sebarang tindakan dan pengaruh negatif yang boleh menjejaskan sahsiah diri.
Etika terhadap pelanggan, pihak berkepentingan dan rakan strategik
- Menerapkan pendekatan empati dengan memahami keperluan, mendengar dengan teliti dan memberikan layanan yang mesra;
- Mengamalkan komunikasi efektif dan menerapkan nilai-nilai murni demi memenuhi keperluan serta meningkatkan kepuasan pelanggan;
- Menjamin kerahsiaan pelanggan dengan tidak mendedahkan maklumat kepada pihak luar kecuali pihak yang berkaitan; dan
- Menyelesaikan urusan dengan efisien mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7Kod Tatakelakuan (1–2): taat setia dan larangan am
Kod Tatakelakuan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur ini mengandungi perkara-perkara berkaitan tingkah laku warga Perbadanan Stadium Darul Makmur dalam memastikan kelakuannya semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan kehendak nilai-nilai murni, kod etika, undang-undang, peraturan-peraturan dan arahan semasa. Kod Tatakelakuan ini dibangunkan berdasar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015 seperti berikut:
1. Taat setia kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang
Warga PSDM hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang dan tidak melakukan perbuatan khianat seperti contoh berikut:
2. Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur tidak boleh pada bila-bila masa
8Kod Tatakelakuan (3–8): gangguan seksual hingga penglibatan politik
3. Gangguan seksual
Warga PSDM tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain seperti contoh berikut:
4. Pekerjaan luar
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur tidak boleh melakukan pekerjaan luar kecuali dibenarkan oleh Ketua Jabatan secara bertulis. Syarat-syarat pekerjaan luar yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan adalah seperti berikut:
5. Dadah, minuman keras dan barang-barangan larangan
6. Hadiah / keraian
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur termasuk isteri/suaminya/mana-mana ahli keluarganya tidak boleh menerima/memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah/keraian daripada pihak luar sekiranya berkaitan dengan tugasan awamnya kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan.
7. Perisytiharan harta
- Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
- Memperoleh harta tambahan;
- Melupuskan harta;
- Dikehendaki oleh Kerajaan.
8. Penglibatan politik
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur adalah tertakluk kepada arahan larangan bergiat dalam aktiviti-aktiviti politik seperti berikut:
- Tidak mengganggu tugas rasmi;
- Dilakukan di luar waktu pejabat;
- Tidak boleh menggunakan pengaruh politik; dan
- Tidak boleh menggunakan sebarang maklumat rasmi pejabat.
9Kod Tatakelakuan (9–17): kehadiran, kewangan, maklumat dan aset
9. Kehadiran bertugas
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur hendaklah hadir bertugas pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan berikut:
10. Meminjam wang dan menjadi penjamin
11. Keterhutangan kewangan yang serius
12. Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan, cabutan bertuah/loteri dan penerbitan buku berasaskan maklumat terperingkat jabatan
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur adalah dilarang sama sekali terlibat dengan pasaran niaga hadapan, cabutan bertuah/loteri dan penerbitan buku berasaskan maklumat terperingkat jabatan.
13. Membuat pernyataan awam
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur dilarang membuat, menghebah atau menerbitkan apa-apa pernyataan awam berhubung dengan dasar, program dan keputusan Kerajaan tanpa mendapat kebenaran Menteri Besar.
14. Keselamatan perlindungan dan kerahsiaan maklumat
15. Penggunaan e-mel rasmi, laman sosial dan kemudahan ICT
16. Penggunaan aset milik jabatan atau sewaan luar
17. Pemalsuan dokumen
10Etiket pemakaian: pakaian rasmi mengikut hari
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur hendaklah sentiasa mematuhi etiket pakaian selaras arahan kerajaan melalui pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam dan arahan dalaman Perbadanan Stadium Darul Makmur seperti berikut:
- Berpakaian kemas, sesuai dan sopan mengikut peraturan berpakaian yang ditetapkan, memakai tanda nama dan pas keselamatan sepanjang masa berada di pejabat;
- Memakai baju korporat mengikut garis panduan yang ditetapkan setiap hari Selasa;
- Memakai baju batik Malaysia atau tenun Pahang pada setiap hari Khamis;
- Memakai pakaian yang ditetapkan bagi sesuatu upacara rasmi; dan
- Pegawai yang dibekalkan pakaian khas/seragam wajib memakai pakaian tersebut semasa bertugas.
A. Pakaian kakitangan pejabat lelaki semasa bertugas
| Hari | Jenis pakaian rasmi |
|---|---|
| Isnin | Baju kemeja berlengan panjang atau pendek dengan seluar panjang dan bertali pinggang |
| Selasa | Baju Korporat Perbadanan Stadium Darul Makmur |
| Rabu | Baju kemeja berlengan panjang atau pendek dengan seluar panjang dan bertali pinggang |
| Khamis | Baju Tenun / Baju Batik |
| Jumaat | Baju Sukan |
B. Pakaian kakitangan pejabat wanita semasa bertugas
| Hari | Jenis pakaian rasmi |
|---|---|
| Isnin | Pakaian kebangsaan (baju kurung tradisional / baju kurung moden / baju kebaya) |
| Selasa | Baju Korporat Perbadanan Stadium Darul Makmur |
| Rabu | Pakaian kebangsaan (baju kurung tradisional / baju kurung moden / baju kebaya) |
| Khamis | Baju Tenun / Pakaian Batik / Blaus Batik |
| Jumaat | Baju Sukan |
C. Pakaian kakitangan sokongan semasa bertugas
| Hari | Jenis pakaian rasmi |
|---|---|
| Isnin | Baju Sukan Biru |
| Selasa | Baju Sukan Merah |
| Rabu | Baju Sukan Ungu |
| Khamis | Baju Sukan (Maroon & Cream) |
| Jumaat | Baju Sukan Maroon |
D. Lain-lain aspek
| Perkara | Tatacara |
|---|---|
| Pakaian pegawai hamil | Pakaian yang bersesuaian dan sopan — tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat. Kain/skirt labuh yang terbelah tidak dibenarkan. |
| Kasut | Hendaklah memakai kasut bertutup berwarna gelap dan tumit kasut tidak melebihi 2 inci. |
Contoh bergambar bagi setiap jenis pakaian boleh dirujuk dalam dokumen PDF asal.
11Etiket pemakaian: majlis rasmi, tanda nama dan penampilan
Pakaian semasa menghadiri majlis rasmi
Bagi tujuan menghadiri Majlis Rasmi, pegawai boleh memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan atau penganjur bagi sesuatu majlis rasmi.
Pakaian seragam
Pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam semasa bertugas hendaklah memakai pakaian seragam yang telah dibekalkan itu semasa bertugas tertakluk kepada perkhidmatan masing-masing.
Pakaian lain
Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas. Semua pegawai/kakitangan dikehendaki memakai baju korporat bernama semasa bertugas pada setiap hari Selasa.
Pemakaian tanda nama
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur hendaklah sentiasa memakai tanda nama ketika bertugas berdasarkan ketetapan berikut:
- Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatar belakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5cm berserta Jata Pahang;
- Penggunaan nama yang konsisten di tanda nama hendaklah digunakan sepanjang perkhidmatan. Bagi pegawai bernama Raja Nur Amani Aminah, jika pegawai memilih ‘Aminah’ untuk digunakan sebagai tanda nama, maka pegawai tersebut hendaklah menggunakan nama yang sama sepanjang perkhidmatan pegawai;
- Tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan dalam ukuran tanda nama yang ditetapkan;
- Apa-apa gelaran darjah kebesaran, profesion, nama bapa dan inisial (initial) tidak boleh dituliskan;
- Nama jawatan tidak boleh dimasukkan dalam tanda nama berkenaan;
- Tanda nama hendaklah disematkan di pakaian di bahagian dada sebelah kiri (kecuali bagi pasukan beruniform tertentu); dan
- Tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.
Ketetapan penampilan pegawai awam
Warga Perbadanan Stadium Darul Makmur hendaklah sentiasa berketerampilan seperti berikut:
- Menepati kesesuaian;
- Pakaian sentiasa bersih dan kemas;
- Rambut disisir rapi;
- Panjang rambut asli tidak mencecah kolar baju (pegawai lelaki);
- Janggut dan misai hendaklah dipotong kemas (dirapikan); dan
- Bersolek dan berhias yang tidak keterlaluan.
12Pakaian dan penampilan yang dilarang
Ketua Jabatan boleh menetapkan tatacara pemakaian dan penampilan yang dilarang mengikut kesesuaian tugas dan aktiviti yang hendak dilaksanakan. Walau apapun ketetapan oleh Ketua Jabatan, warga Perbadanan Stadium Darul Makmur adalah dilarang daripada pemakaian pakaian dan penampilan seperti berikut:
- Pakaian mencolok mata seperti pakaian yang ketat, terdedah dan jarang sehingga menampakkan bentuk badan dan pakaian dalam;
- Pakaian tidak berlengan;
- Menutup muka (kecuali pemakaian pelitup muka atau sebab kesihatan);
- Pakaian dan aksesori dengan cetakan yang tidak sesuai seperti logo, gambar atau slogan yang bercirikan unsur politik, ganas, seram, lucah dan seumpamanya;
- Pakaian dari jenis denim (seperti jeans atau jaket), khakis, corduroy, kulit atau yang seumpamanya;
- Selipar, sandal, capal dan kasut sukan (kecuali atas sebab kesihatan atau terdapat keperluan mengikut kesesuaian tugas yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan);
- Dipadankan dengan aksesori, barang kemas atau perhiasan yang berlebihan;
- Dipadankan dengan aksesori yang tidak bersesuaian seperti pegawai lelaki memakai subang;
- Dandanan rambut dengan warna yang tidak sesuai bagi pegawai lelaki dan wanita seperti dandanan rambut berwarna merah, biru dan ungu;
- Trend rambut punk, qaza’, skinhead atau seumpamanya;
- Panjang janggut melebihi 2 inci, jambang tidak dirapikan dan misai melebihi bahagian atas bibir;
- Mencacah tatu atau menindik secara berlebihan di bahagian badan yang jelas kelihatan (kecuali yang berkaitan dengan adat resam kaum); dan
- Berkuku panjang, berwarna atau berhias secara berlebihan.
Jenis reka bentuk skirt yang tidak dibenarkan adalah seperti ropol, pleated, pareo, gypsi dan tiered-skirt. Pegawai lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dengan kaki seluar singkat di atas paras buku lali, dan pegawai wanita tidak dibenarkan memakai seluar sedemikian.
Contoh bergambar pakaian yang dilarang boleh dirujuk dalam dokumen PDF asal.
13Penutup dan rujukan
Sebarang pertanyaan dan aduan integriti melibatkan warga Perbadanan Stadium Darul Makmur boleh dikemukakan secara lisan, bertulis, telefon, faks atau e-mel seperti berikut:
Penyelia Bahagian Integriti
Perbadanan Stadium Darul Makmur
Tingkat 1, Stadium Darul Makmur, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-514 2637
E-mel: psdm.pahang@gmail.com
Semua warga Perbadanan Stadium Darul Makmur hendaklah menghayati dan mengamalkan Kod Etika dan Tatakelakuan ini serta mematuhi segala Undang-Undang, Pekeliling-Pekeliling Persekutuan dan Negeri, Arahan-arahan dan polisi-polisi yang berkaitan dengan jabatan agar dapat membantu warga Perbadanan Stadium Darul Makmur bertindak secara beretika seperti yang diharapkan oleh pelanggan, masyarakat dan Kerajaan.
Rujukan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pahang) 2015.
- Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia — Panduan Pengurusan Pejabat, Versi 1.0 (2022), Lampiran PO.1.1.2(A), Bahagian III, Keperibadian dan Keterampilan.
- Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia — Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam, Versi 1.0 (2024), Ceraian UP.7.2.3, Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam.
- Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025 — Pembudayaan Amalan Patriotisme dan Taat Setia Penjawat Awam.
- Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 3 No. 1 Tahun 2021 — Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam.
- Surat Edaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, SUKPHG-9.100-1/5/1 (59) bertarikh 29 Julai 2019 — Pelaksanaan “Arahan Pematuhan Kod Etika Berpakaian bagi Penjawat Awam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang” bagi Semua Agensi di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang.
- Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.100-1/4/1 (62) bertarikh 31 Oktober 2025 — Pengecualian Pemakaian Tali Leher Semasa Bekerja Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.
- Etika Perkhidmatan Awam oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
- Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 2023–2027.
- Polisi Keselamatan Siber Versi 4.0 Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
- Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021–2026 Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Kod Etika Perniagaan
1Pengenalan
Kod Etika Perbadanan Stadium Darul Makmur ini dibuat sebagai panduan rasmi untuk memastikan semua urusan dijalankan dengan penuh integriti, ketelusan, dan tanggungjawab.
Kami beriltizam untuk menjadi rakan strategik yang beretika, adil, dan profesional dalam setiap kerjasama. Harapan kami agar semua rakan niaga turut mengamalkan prinsip yang sama, demi membina hubungan perniagaan yang saling menghormati, berdaya saing, dan memberi manfaat kepada penyewa/pembekal secara keseluruhannya.
2Lapan prinsip etika perniagaan
Integriti dan Ketelusan
Semua urusan perniagaan mesti dijalankan dengan jujur, tanpa sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa. Keputusan dibuat berdasarkan fakta, merit, dan kepentingan awam dan bukannya kepentingan peribadi.
Antirasuah
Pemberian atau penerimaan suapan, hadiah, atau faedah yang boleh mempengaruhi keputusan rasmi adalah dilarang sama sekali selaras dengan dasar integriti governans dan antirasuah dan polisi hadiah Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Akauntabiliti & Tanggungjawab
Semua rakan niaga hendaklah mengamalkan persaingan yang sihat dan telus dalam urus niaga perolehan seperti melaporkan secara jujur dan tepat semua maklumat perniagaan serta tiada pakatan atau persetujuan dengan mana-mana rakan niaga yang lain bertujuan mengurangkan saingan dalam perolehan.
Keadilan & Kesaksamaan
Tiada diskriminasi atau layanan istimewa kepada mana-mana pihak dalam proses perolehan, tender atau kerjasama. Semua pihak diberi peluang yang sama berdasarkan kelayakan dan keupayaan yang ditetapkan.
Pematuhan Undang-Undang
Peraturan dan polisi Perbadanan Stadium Darul Makmur berkuat kuasa semasa hendaklah dipatuhi dan diterima pakai oleh semua yang berurus niaga dengan Perbadanan Stadium Darul Makmur. Rakan niaga juga hendaklah mematuhi terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani.
Konflik Kepentingan
Semua warga Perbadanan Stadium Darul Makmur dan rakan niaga yang mempunyai percanggahan kepentingan dalam sesuatu urus niaga hendaklah seberapa segera memaklumkan kepada pihak pengurusan Perbadanan Stadium Darul Makmur sama ada sebelum atau selepas sesuatu pelantikan atau pemilihan. Percanggahan kepentingan ini perlu direkodkan secara bertulis.
Kerahsiaan & Keselamatan Maklumat
Maklumat rasmi kerajaan mesti dilindungi daripada kebocoran atau penyalahgunaan. Penggunaan data untuk kepentingan peribadi atau pihak ketiga tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.
Pembayaran Pemudah Cara (Facilitation Payment)
Pembayaran pemudah cara adalah pembayaran yang tidak sah atau tidak rasmi dibuat sebagai balasan untuk perkhidmatan yang berhak diterima oleh pembayar secara sah tanpa membuat pembayaran tersebut. Semua warga Perbadanan Stadium Darul Makmur tidak boleh menawarkan, berjanji, memberi, meminta atau menerima apa-apa yang boleh dianggap sebagai bayaran pemudah cara dalam apa jua bentuk. Rakan niaga boleh melaporkan kepada Unit Pentadbiran (Pegawai Integriti) sekiranya terdapat permohonan pembayaran pemudah cara daripada mana-mana kakitangan Perbadanan Stadium Darul Makmur.
3Rujukan
Kandungan diekstrak daripada dokumen PDF rasmi PSDM. Sekiranya terdapat percanggahan, PDF asal adalah rujukan muktamad.
